Pages

Sunday, November 8, 2009

Program Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

Program kecemerlangan akademik berdasarkan minat pelajar terhadap sukan dan permainan. Motivasi pelajar untuk belajar ditingkatkan apabila mereka diberikan kemudahan untuk bermain permainan yang mereka minati. Contohnya, ramai pelajar yang berminat untuk bermain Badminton, tapi tidak semua mereka dapat bermain permainan itu kerana tidak ada raket. Pihak sekolah memenuhi keinginan pelajar tersebut dengan menyediakan semua kemudahan untuk bermain Badminton seperti raket, net, bulutangkis dan dewan. Tidak cukup dengan itu, pelajar juga diberikan klinik atau latihan asas permainan ini. Pelajar yang mengikuti program ini harus menunaikan satu syarat, iaitu mereka mestilah meningkatkan peratusan kelulusan untuk empat mata pelajaran yang terpilih iaitu BM, BI, Sn dan Mat. Program ini dinamakan MISUP (Minat Sukan Untuk Prestasi) merupakan idea utama Pengetua SMK Tandek, En. Keng Chuan Seng.

Terdapat beberapa program MISUP yang ditawarkan kepada pelajar asrama, diantaranya ialah MISUP Badminton, MISUP Bola Tampar, MISUP Bola Jaring dan MISUP Bola Keranjang. Semua program kecemerlangan ini disasarkan kepada pelajar asrama kerana mereka tidak ada halangan untuk datang sesi latihan.

Daripada analisis yang telah dibuat, didapati program ini amat berkesan. Lebih 80% daripada ahli MISUP berjaya meningkatkan prestasi mata pelajaran yang telah ditentukan. Tahniah

No comments:

Post a Comment