Pages

Monday, November 9, 2009

Jamuan akhir tahun Biro Sukan dan Rekreasi


Tahniah kepada semua exco dan ajk biro sukan dan rekreasi kerana anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik sepanjang tahun 2009. Jadilah pemimpin yang berdedikasi dan dihormati serta disegani. Tugas anda semasa di asrama merupakan latihan pengayaan nilai diri yang amat penting. Jadilah insan yang berguna kepada masyarakat dengan menambahkan nilai2 diri sendiri. Sedarilah bahawa ketika anda diajar di kelas, nilai diri anda sebenarnya sedang dibena dan ditambah sedikit demi sedikit. Tidak ada tujuan lain selain menambah nilai diri anda agar anda berguna kepada masyarakat nanti. Pelajar yang suka belajar, mempunyai nilai diri yang amat tinggi. Orang yang ada nilai diri, biasanya laku apabila mencari pekerjaan. Nilai diri seseorang itu tidak terhad kepada pembelajaran di kelas sahaja tapi mempunyai sumber yang amat banyak. Sebagai contohnya, seseorang yang tidak mengamalkan ajaran agama dianggap tidak ada nilai diri.

No comments:

Post a Comment