Pages

Sunday, November 8, 2009

Anugerah Pelajar Cemerlang + Jamuan Akhir Tahun Asrama 2009

Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK Tandek. Program ini bertujuan menghargai pelajar yang berjaya mencapai target tertentu yang telah ditentukan oleh sekolah. Pada tahun ini (2009) pihak pengurusan sekolah bergerak setapak lagi apabila mencadangkan agar program APC dilaksanakan di peringkat Asrama. Dengan ini Asrama SMK Tandek telah melakarkan sejarah kerana melaksanakan program ini buat julung-julung kalinya. Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, semangat persaingan sehat dikalangan pelajar asrama akan tercetus, dan seterusnya akan meningkatkan prestasi akademik.

No comments:

Post a Comment